Dashboard | Follow
Credits:
Bila Perempuan Menangis .
Monday, October 31, 2011 | 11:45 PM | 0 comments
Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...
TIPS MENGATASI PUTUS CINTA:
| 10:00 PM | 0 comments


1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.
2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah -  anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.
3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.
4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.
5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.
6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.
7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.
Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana.
Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.
Copy : Iluvislam 
Aku Wanita Biasa .
| 9:53 PM | 0 comments
"Kadang ku kuat setegar karang , Kadang ku rapuh lemah liar merana" - Aku Wanita Biasa;Krisdayanti


Jom baca story nih ;


Girl: Hey baby i want to show you....

Boy: ( cutting her off ) Ugh I'm so mad

Girl: Why? Whats wrong ?

Boy: Ugh everything

Girl: Explain baby .

Boy: Just lost a championship game,parents flipped out on me for no reason,and im catching a cold

Girl: Well hey there will always be other games,you know I'll take care of you when your sick,what your parents flip about ?

Boy: They are making me pay them for a car repair

Girl: Is it a lot of money ?

Boy: No it just sucks

Boy: But hey I dont feel well I'm going to go lay down .

Boy: Bye
  
Girl: Wait I want to give you some...

Boy: Can't It wait 'til tommorow ?

Girl: Yeah, sure
  
Girl: Bye

Boy: Bye



 2 hours later a friend of hers asks her to go for a drive ...she goes.....


Her friend swerved to avoid a truck....hitting a tree instead


Her friend was killed instantly....she's in critical condition


This is the conversation between her sister and her boyfriend.....



Sister: Omg ( crying )


Boy: What? Whats wrong ?


Sister: My sister...your girlfriend was involved in a major car wreck


Boy: Is she OK??????


Sister: She's in critical condition


Boy: I'll be there in 10 minutes




He shows up to the hospital room ...standing outside the door going over the last conversation in his mind over and over as he heard the machines beep and beep and breathing tubes pump oxygen into her lungs




Boy: She wanted to give me something or tell me something


Girls mom: Yeah this...




It was an envelope smelling like she sealed it with a kiss in lipstick


He opened it.....





"It said ..... You're everything to me....I love you with everything I am and everything I have...I want to spend the rest of my life with you"





Sealed in it was a ripped movie ticket from the first movie they went to...





...and the first picture they took together





He kissed the picture as a tear fell from his face onto the picture





It looked as if in the picture she was crying





Then the machines flatlined....3 minutes later she was pronounced dead



Love is Cinta
| 12:44 AM | 0 comments

Aku tak mampu pertahankan lagi , Cinta yang menyakiti ,Biarlah aku pergi ,Tiada hampa di hati - Pendam;Shahir 
Semua orang mesti ada pengalaman masing-masing kan dalam cinta monyet nih . Cinta monyet nih macam cinta yang tak kesampaian . Macam-macamlah , bertepuk sebelah tangan lah , cinta SS (syok sendiri) lah ,  teman tapi mesra la . Ehh banyak lah . Malas nak list haha . So , let me start my love storyy oyeahhh #goyang-goyang kepala .


Jejaka rambut biru . Oyeahh haha yes Him . Erghhh malasnya nak cerita pasal dia . Cerita pasal orang lain boleh ? Okayy tak boleh . Nak cerita pasal dia jugak . Tenenenenene ;


Kita ringkaskan boleh ? Kalau nak cerita semua sekali , boleh muat dalam satu novel . K tipuuu . Hihi macam nihlaa , encik rambut biru tuh dah jadi hak milik orang lain . Means , dia dah ada orang lain lah kan . Mimi dah tak dapat buat apa-apa . Mimi just boleh doakan kebahagiaan dia . Dia pun nak ada life sendiri jugak kan ? Mimi pun sama . Cuma apa yang berbeza , dia dah ada life baru , tapi Mimi takde lagi . Mungkin life baru Mimi single forever kot . Malas nak couple bagai . Serik serik serik . Hurm , memang lah jealous sikit tengok orang couple bertahun-tahun haa . Tapi , bila fikir balik . Couple lama-lama pun , kalau dia bukan jodoh kita . Tak dapat jugak kan ? Hurm , nanti taknak lah couple bertahun-tahun then bila nk clash , payah nak lepas . Gila meroyan bagai menangis berteriak taknak lepas encik cinta hati . Ehem ehem , macam cakap dekat diri sendiri je . Haha biarlah . Sekurang-kurangnya , boleh dibuat pengajaran untuk diri sendiri .


Nak sayang orang tuh boleh , tapi berpada-pada . Tapi aku , sayang separuh nyawa haaa astaghfirullahalazim :( Lalainya aku dengan cinta dunia . Tadi , Kak Fiqah bagitahu aku satu benda and benda nih aku langsunggggg tak percaya :\ WMNA , dia ... Arghhhh ! Please gua taknak cerita pasal dia dah weh . Lupakan dia Mimi . Come on come on ! Seriously , berita tuh teramat mengecewakan aku . Aku tak sangka dia boleh buat macam tu . Sebab ... biarlahh . Kun faya kun . Benda dah nak jadi . Tak dapat nak putar balik :( Hope dia tabah lah . 


That's all . Farewell :)
Contengan Kehidupan .
Friday, October 28, 2011 | 10:48 PM | 0 comments
Assalamualaikum . 

Hidup ini , umpama roda . Sekejap kita di atas , sekejap kita di bawah . Kita tak tahu bila kita akan gembira dan bila pula kita akan bersedih . Gembira dengan nikmat yang Allah berikan dan bersedih untuk menguatkan diri menghadapi dugaan dari Allah . Well , kita hanya manusia biasa yang mempunyai hati yang rapuh . Hati yang boleh tergores walaupun hanya dengan perkara yang kecil . Tambahan pula , bila kita seorang wanita . Airmata akan cepat mengalir bila hati kita sakit . Semua orang boleh buat buat happy bila ada masalah , tapi bila kita lihat dia dengan mata hati , kita boleh tahu yang dia tengah dilanda masalah .

Well , semua orang nampakaku happy pada luaran . Yes , aku mengaku . Aku selalu diburu dengan masalah . Tak pernah happy . Tapi , aku masih boleh gelak , boleh senyum bila dengan kawan-kawan . Kadang-kadang orang datang dekat aku dan cerita pasal masalah dia . Biasalah remaja , masalah tentang cinta monyet . Aku bagi orang tuh nasihat , bagi orang nih nasihat . Tapi , realitinya aku sendiri tengah banyak masalah . Aku bagi orang tu nasihat , atas dasar pengalaman .

Aku taknak kawan-kawan aku rasa apa yang aku rasa . Kecuali kalau orang tuh betul-betul tabah then dia boleh hadapi . Adik-adik , seriously aku cakap jangan pernah cuba untuk couple . Memanglah , bila sekali terkena kita serik . Tapi , itu tak bermakna kita akan stop couple . Can you ? No , you can't . Tapi , bila dah sampai masa kau betul-betul serik , then kau akan tinggalkan semua tu . Kau nak tahu bila kau akan betul-betul serik ? Bila kesetiaan kau dibalas dengan pengkhianatan . Then kau akan serik untuk couple . Yes , itu yang terjadi pada aku sekarang . 

Jujurlah aku cakap , kita tak perlu betul-betul setia sekarang . Sebab sekarang bukan masanya . Setia hanya pada suami kita yang halal satu hari nanti . Kau tak payah nak sibuk-sibuk minta restu dengan ibu bapa untuk couple . Aku tak nafi , mungkin ada yang restu tapi itu tak bermakna diorang suka tengok kau keluar ke hulu ke hilir dengan lelaki tu . Ingat , although parents kau restu sekarang , itu tak bermakna dia jodoh kau . So , jangan buat benda yang tak sepatutnya . 

"Seorang lelaki yang menyentuh kamu sebelum nikah , tidak menyayangi kamu tapi menghina kamu" - Wardina Saffiyah"
Yes , semua itu betul . Lelaki , bila dah dapat pegang kita dia akan buang kita . Ibarat macam plastik gula-gula . Dapat pegang , then bukak bila dah taknak buang . Ada ke orang simpan semua tuh ? No . Diorang buang kita . Aku tak tunding jari dekat sesiapa . Aku tulis atas dasar nak ingatkan diri sendiri and orang lain . So , that's all . Thank you for reading :)
Saturday, October 15, 2011 | 12:48 AM | 0 comments
Hai I'm new